Pemesanan. WhatsApp : 081221003815, Pin BB : 5CE7740D
| Bahasa Indonesia
Mini SUV Chevrolet Trax

Chevrolet Trax
Tokoh Pekan Ini

Lebih Dekat Bersama
Kang Aher
Pulsa Murah

Pulsa Sehari-hari
Status :
Kota:bandung
Agen:sari-kurma
Artikel:khasiat-kurma
Cakupan:

Sari Kurma Tamr

Sarikurma, Suplemen Sekaligus Herbal Alami Untuk Menjaga Kesehatan dan Penyembuhan / Pengobatan.


KONTAK


, , Bandung,

Khasiat Kurma


Pada Bulan Romadhon ini, kita disunahkan memakan kurma oleh Rosulullah, ternyata kurma itu sangat bermanfaat lho?

Buah kurma
atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, ?Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan?.
.

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya ?Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan?. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. ?Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.?

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini. Di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Penulis :
Pn. Hajah Hamidah Ahmad
27 Mac 2004

Sumber : http://rosyidi.com/khasiat-kurma



Keywords :
sari kurma,kurma,khasiat kurma,khasiat sari kurma

Artikel Terkait Artikel Sebelumnya

Sari Kurma Tamr

Pesan

Sari Kurma


Jadikan keluarga anda Sehat Alami. Kontak Kami Segera untuk pemesanan Sari Kurma.


BERITA TERBARU
Muntahnya Jimet Tak Halanginya Jaga Suara PKS
Thu, 18 Apr 2019

Jakarta (18/04) -- Kondisi perut Fauzi Rahmat mendadak tak karuan. Seperti ada yang mengaduk-aduk lambungnya, mendesak diri ingin mengeluarkan apa yang ada di perutnya. Keringat dingin bermunculan di sudut-sudut kepalanya. Badannya melemas. Tak lama kemudian, ia minta izin sebentar ke masjid tak jauh dari Tempat Pemungutan Suara di kawasan Kalisari, Pasar Rebo, Jakarta Timur.

Tak Mau Kalah, Saksi Milenial Tetap Siaga Hingga Dini Hari
Thu, 18 Apr 2019

Lampung (18/04) -- Semangat menjaga dan mengawal perhitungan C1 di TPS tidak saja dirasakan oleh saksi PKS generasi tua, namun juga dirasakan oleh saksi PKS generasi milenial.

Sepeda yang Menjadi Saksi Atas Perjuangan Para Saksi PKS di Pemilu 2019
Thu, 18 Apr 2019

Nama lengkapnya Taufik Abidin, asli putra Bandung, sedang mengambil program phD Medicine Faculty di University of Sydney, sebuah universitas papan atas di Australia.

PKS menguasai Suara Pileg di TPS Osaka Jepang
Thu, 18 Apr 2019

Bertepatan dengan tanggal 17 April 2019, PPLN di Jepang mengadakan perhitungan Suara Pilpres dan Pileg secara bersamaan di 2 TPS yaitu TPS Tokyo dan TPS Osaka.

Formula Rahasia Kemenangan PKS di Kuwait
Thu, 18 Apr 2019

Gema kemenangan untuk Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dalam Pileg 2019 juga terdengar dari negara kaya raya penghasil minyak di Timur Tengah, Kuwait, Kamis (18/04/2019).

XML error: XML_ERR_NAME_REQUIRED pada baris 111
Sari Kurma Tamr 2016